CHROME OS- cloud technology

Kalau 4 5 bulan lepas saya pernah menulis artikel tentang Google melangkah ke kancah Open Sources dgn CHROMIUM OS nya, kini artikel berkenaan seakan menyatakan kebenarannya apabila CHROMIUM OS versi beta telah pun di pasarkan dan sedia digunakan dan diberikan nama FLOW.



[dari blog melayubuntu]

Google memilih tarikh 7 Disember (1 Muharram 1432 Hijrah) untuk mengumumkan beberapa perancangan penting bagi pembangunan sistem operasi yang diideakan semula iaitu Chrome OS dan Netbook pertama yang bakal menggunakannya.

Idea sistem operasi berasaskan internet yang diaplikasikan kepada Chrome OS berasaskan statistik menarik iaitu ramai pengguna komputer yang 90% masa penggunaan komputernya menggunakan internet menerusi perantaraan pelayar web. Kebanjiran aplikasi web sejak akhir-akhir ini pula seolah-olah membuang segala keraguan samada idea ini relevan atau tidak.

Segmen Pasaran.

Mungkin ada antara kita yang ingin mengatakan, Chrome OS sama sekali bukan untuk kita atau bukan untuk pasaran Malaysia yang internetnya terkenal dengan lambat dan dikekangi oleh had bandwidth.

Antara sebab lain mengapa Chrome OS bukanlah sistem operasi untuk kita ialah hakikat bahawa Chrome OS tidak menyimpan apa-apa data di dalam komputer dan data anda seperti muzik, video, gambar, movie disimpan dalam pelayan google. Dengan keupayaan internet di Malaysia sekarang, adakah ianya praktikal?

Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, maka google sememang tidak mensasarkan Chrome OS dan Chrome Book untuk anda. Sasaran google sebenarnya adalah fokus kepada pengguna yang kehidupan komputernya beroriestasikan web, dan keupayaan internet yang stabil dan pantas.

Chrome OS. Ciri-cirinya.
[dari blog JomPhp]

- Chrome OS boot dalam masa 10 saat dan sudah bersedia untuk melayari web. Website load dengan sangat laju dan lancar, dilengkapi teknologi terkini seperti HTML5, Adobe Flash dsb.

- Segala aplikasi, dokumen, settings akan disimpan secara cloud, dengan selamat. Tak perlu risau data hilang sebab hardisk rosak atau orang curi maklumat sebab semuanya akan disimpan di dalam server Google.

- Sambungan 24/7 kepada Internet samada melalui WiFi atau 3G.

- Selamat daripada malware seperti spyware, virus dan worms serta serangan hackers.

- Kemas kini secara automatik menjadikan sistem operasi Chrome OS sentiasa terkini, stabil, laju dan lebih mantap.

Aplikasi pada Web dan Web Store.
Google juga telah mengumumkan Web Store untuk pelayar web Chrome dan boleh dimanfaat oleh pengguna Google Chrome versi 8.0 ke atas. Seperti yang boleh difahami daripada namanya, Web Store adalah katalog kepada aplikasi web bag Google Chrome dan Chrome OS samada percuma ataupun berbayar.

Google adalah Komputer dan Internet.

Sekiranya kesemua pembangunan oleh Google dianalisis rapi, maka kesimpulan yang boleh dilakukan ialah Google adalah Komputer dan Internet. Di saat populariti Facebook sedang menggila, ramai beranggapan bahawa Facebook akan berupaya mengatasi Google namun kelihatannya tidak begitu mudah untuk perkara itu terjadi.

Google sedang dan akan menguasai dunia mobile dan tablet melalui Android, dunia Komputer dan Internet melalui Chrome OS dan Google Chrome manakala Facebook hanyalah sebuah laman web social yang menggantikan tempat My Space satu ketika dahulu.

Untuk mencuba, klik sini

Filed Under:

Comments (0)