Chromium OS- Google mengorak langkah ke open source

Entry kali ni nak cerita sikit tentang Chromium Operating System dari Google. mungkin ramai yg tak tahu tentang apa itu open source. ok open source adalah satu pembangunan sistem yang bebas, yang mana sesiapa sahaja boleh melihat coding, dan juga di izinkan untuk mengubah coding tersebut mengikut citarasa dan keperluan sendiri. Open Source mungkin agak susah bagi siapa yang tidak mahir atau tiada pengetahuan dalam programming, tp apa yang pasti teknologi ini semakin pesat membangun dan pembangunan nya lebih pantas berbanding windows. sebab apa? sebab setiap aplikasi yg telah di-upgrade boleh dan bebas di kongsi, malah "bugs" atau pepijat juga dapat dikurangkan dengan pantas dek kerana kebebasan perkongsian tersebut.


Sebelum ini, jika teknologi open source hanya dikaitkan dgn LINUX yg telah lama bertapak dlm teknologi open source ini dgn pelbagai jenis distro seperti ubuntu,kubuntu, xubuntu,backtrack,redhat ahh byk lagi, tp kini kita bakal disajikan dgn satu lagi sistem operasi yg baru dari Google iaitu Chromium OS.

Aku baru saja review tentang Chromium OS ni dan ianya masih dalam versi beta,maka ianya tidak lagi bersedia untuk berada di pasaran. tetapi bagi sesiapa ingin mencuba, korang boleh download di http://www.chromium.org.

Apa yang menarik tentang Chromium OS ni ialah ianya sama seperti Linux, yang mana ianya lebih pantas, iaitu ia mampu mengurangkan hampir 80% masa untuk booting kepada welcome screen. dan melalui review aku, pengguna tidak lagi perlu untuk menyimpan data di dalam komputer anda, semuanya di simpan di internet. Apakah?aku masih kurang pasti selagi aku tak mencuba.

korang boleh tgk review pasal Chromium OS kat sini..



Filed Under:

Comments (0)