Diaspora bakal menyaingi Facebook?

Ketika meng"googling" statistik jumlah pengguna facebook, tbe2 tertarik dgn satu link ni yg mana menulis tentang pembangunan "diaspora" sebagai laman web sosial yg dikatakan lebih privacy daripada facebook.



Dalam pada Facebook terus mengukuhkan kedudukan mereka dimana kini ianya dijangka akan mencapai lebih 500 juta pengguna sebelum penghujung bulan Jun tahun ini.

Pada masa yang sama, Facebook menjangkakan akan mencapai lebih 600 juta pengguna menjelang penghujung tahun ini nanti, serta pendapatan tahunan melangkaui angka $1 billion untuk tahun ini. Ianya dijangka yang mana Facebook akan mengumumkan kejayaan mereka mencapai angka 500 juta tidak lama lagi dalam beberapa minggu akan datang.

Semakin hari, makin ramai yang tidak menyukai dengan Facebook walaupun mereka masih menggunakannya kerana tiada alternatif yang lain. Dan perkara ini telah membuatkan empat orang pelajar muncul dengan idea Diaspora.

Melalui Diaspora, pembangunnya ingin membawakan sesuatu yang berkonsepkan sumber terbuka, dikawal privasinya, dan dikawal sepenuhnya oleh para pengguna. Untuk memulakan Diaspora, empat orang pembangun telah bersatu dan berharap ingin mengumpulkan sehingga $10,000 untuk mula menjalankannya secara serius, dan kini, angka terkumpul sudah pun mencecah $91,871.

Diaspora dilengkapi dgn lebih byk fungsi seperti p2p sharing (ini bermaksud user boleh berkongsi data sesama kenalan melalui pemindahan data secara peer to peer @ pc to pc. Ianya dijangka akan dilepaskan dalam tahun ini, tidak lama lagi, yang mana dijangka akan membawakan suatu revolusi kepada dunia laman sosial.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cuma ingin di ingatkan, tiada satu mana pun yg boleh mengawal privacy kita selain kita sendiri yg mengawal dgn baik... jika Diaspora bakal membawa satu lagi revolusi, di harap user dapat menapis dan menyimpan privacy tersebut dgn baik...

*aku cuba jugak cari makna Diaspora (sebab merasakan nama dia mcm sedap dan unik) hehehe... dan cuba tgk ape yg aku jumpa! sini dan dari wikipedia . sama jugak seperti facebook, diaspora MUNGKIN dibangunkan atau salah satu plan yahudi dan israel... (MUNGKIN!)...

Filed Under:

Comments (0)