Rahasia Matrix

Panduan memahami ilmu teori konspirasi

1-Bukan semua benda di dalam dunia ini adalah hasil konspirasi.

2-Jangan menjadi mangsa conspiracy theorist yang berniat jahat atau keliru.

3-Bagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi musuh-musuh Allah,akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.


Setiap cabang ilmu sains cuba untuk menerangkan apakah dunia ini sebenarnya.Ilmu kimia menerangkan alam ini tersusun dalam atom-atom,kemudian berpecah lagi kepada nukleus dan elektron,kemudian berpecah lagi kepada quark dan bozon,dan senarai ini berterusan sehingga ke hari ini...sehingga saintis kimia pun tidak pasti lagi betapa infiniti kecilnya entiti-entiti kimia yang membentuk dunia.Dunia Fizik lebih haru-biru.Dalam model Einstein membentangkan bahawa alam ini terbentuk dari TENAGA.Dan tenaga inilah manifestasi dari Big Bang.Model Kuantum pula membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri dari gelombang-gelombang yang membungkus tenaga tadi.Paket-paket inilah yang dinamakan Kuantum.Apabila bercakap tentang gelombang,kita tidak boleh lari dari getaran,kerana getaran membentuk gelombang.Maka muncullah String Theory mengajukan pandangan bahawa alam ini terdiri dari string (tali-temali) yang bergetar.

Menyusuri Sains Biologi tidak kurang menariknya.Umum telah mengetahui bahawa antara pencapaian terhebat bidang biologi adalah penemuan DNA dan kromosom.Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel.Sel pula terbentuk dari atom-atom tadi.Kajian biologi mendapati sel-sel ini mengandungi data-data yang membawa kepada pembentukan sifat tubuh manusia tadi.Data-data ini tersimpan di dalam struktur kromosom yang membawa DNA (deoxyribonucleic acid).DNA adalah material genetik untuk semua sel organisma termasuk virus.DNA membawa maklumat yang diperlukan untuk sistesis protein dan replikasi.Apakah maksudnya?

Maksudnya,setiap sel manusia membawa sejumlah data-data yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu.Atau trafik maklumat.Saintis kini menubuhkan apa yang digelar Genome Project untuk mengkaji data-data ini.Pada masa akan datang,kita mungkin akan menukar model Fizik kita.Kita akan menukar cara kita melihat alam ini.Bahawa alam ini terdiri daripada susunan data-data yang berinfiniti banyaknya.Trafik maklumat yang bersimpangsiur dalam Dunia Terdawai Antaraprogram.Realiti Internet.



Salah satu prinsip Matrix adalah kemampuannya yang fleksibel dari segi ruang.Matrix tidak statik.Di sekitar Matrix terdapat pintu-pintu,lubang atau jalan rahsia yang bersimpang siur.Terdapat titik-titik perhubungan antaradimensi di sekitar Matrix.Kita namakan ia sebagai PORTAL.Terdapat dua portal,satu portal fizikal yang terdapat di sekitar alam semesta termasuk bumi dalam realiti manusia.Keduanya portal yang dibuka melalui tubuh manusia.Perlu diingat,perisian dalam perkakasan yang berlabel 'manusia' ini mempunyai ciri-ciri yang amat unik dan hebat.Siapa yang memegang codingnya maka ia dapat menguasai semua jalan portal yang mungkin.Ia ibarat dapat mengawal USBcontroller sesuatu komputer.Setiap port USB berada dalam tangannya.Peluang untuk memasuki sistem coding adalah ketika minda manusia dalam keadaan 'hibernate'.Taktiknya ialah perkara yang melalaikan,bahan makanan atau minuman yang memabukkan dan lalai mengingati Allah s.w.t.

petikan dari filem matrix...

Smith: Thank you. But as you well know, appearances can be deceiving, which brings me back to the reason why we're here. We're not here because we're free, we're here because we're not free. There's no escaping reason, no denying purpose - because as we both know, without purpose, we would not exist.
Smith 2: It is purpose that created us,
Smith 3: Purpose that connects us,
Smith 4: Purpose that pulls us,
Smith 5: That guides us,
Smith 6: That drives us,
Smith 7: It is purpose that defines,
Smith 8: Purpose that binds us.
--------------------------------------------
The Oracle: They have their reasons, but usually a program chooses exile when it faces deletion.
Neo: And why would a program be deleted?
The Oracle: Maybe it breaks down. Maybe a better program is created to replace it - happens all the time, and when it does, a program can either choose to hide here, or return to The Source.
Neo: The machine mainframe?

bersambung.....

Filed Under:

Comments (0)